Assalamualaikum... haaa.. name pon entry pasal Education.. so ? mestilah aku nak share sikit pasal tahap education aku nih haa.. dari mula sehingga lah sekarang nihh,,,
1. Taska Felda Redong 1, Segamat
So, semasa aku berumur 5 tahun, mak dan abah hantar aku ke Taska ni sebagai permulaan untuk aku kepada dunia pendidikan.. ha.. so selama setahun lah aku disini. nasib baik kat area perumahan jugak.. masa taska nih aku memang gangster. xpercya?? pegi tanya cikgu2 dulu.. sebut je nama aku conform dorang ingat tentang kenakalan aku dulu tuh.. tapi tu dulu.. sekarang dah baik dah.. hehehehhe..
2. Kemas Felda Redong 1, Segamat
Selepas setahun kemudian, aku pergi pula ke tabika kemas nih.. Actually bangunan nih dengan bangunan taska depan2 je.. ahhahaha.. xdelah jaoh mana pon.. so masa umur 6 tahun, aku pon bersekolah di sini.. well peragai still sama iaitu akulah gangster di situ, budak laki pon kalah taw. hahahha.. and bakat aku bermula di tadika sebenarnya iaitu aku pernah memasuki pertandingan sajak dan memenagi tempat ke-2 .. well walaupun tempat k-2 menang jugak okay. kau hado ? hahhaha.. then aku pernah memasuki pertandingan nasyid dan menyanyi.. wahh kelass taw :D
3. SK Felda Redong 1, Segamat
Akhirnya aku memasuki alam persekolahan yang sebenar. Di sini, aku bersekolah dari darjah 1 sehingga darjah 6. Semasa darjah 1 sehingga 3, aku memasuki kelas kedua yang di panggil kelas Bersih .. well mungkin kelas aku tuh bersih sangat kot. hahhaha.. then dari darjah 4 sehingga 6 aku memasuki kelas Amanah. well tu cuma nama kelas je.. semasa di sekolah rendah, sekali lagi aku memasuki pertandingan sajak dan pernah memenangi dan MENANGung kekalahan juga.. itukan nasib, aku tak kisah sangat pon.. sampai darjah 3 je aku gangster and masuk darjah 4 dah cool sikit.. hehhehe. masa darjah 4 sampai 6 aku pernah masuk persatuan Bulan Sabit Merah dan pernah memegang jawatan sebagai Bendahari. Alhamdulilah..
4. SMK Dato Bentara Dalam, Segamat
Dan aku menjejakkan kaki ke peringkat yang lebih tinggi. aku bersekolah di sini dari tingkatan 1-5. okay. semasa tingkatan 1-3 aku memasuki kelas KAA bermaksud Kelas Aliran Agama. that means aku belajar 1 subjek tambahan iaitu Bahasa Arab Komunikasi. well aku mengaku yang aku memang lemah dalam subjek ni, tapi Alhamdulilah semasa PMR keputusan memang tak dijangka. seterusnya dari tingkatan 4-5 aku memasuki kelas aliran sains sukan. yang menariknya, bila orang tanye aku amek kos ape, semua ingat aku budak sport. hahaha.. laka2 je. taklah dalam segamat ni cuma sekolah aku and High School Segamat je yang ada kos ni. so agak special la di situ, hehehhe.. yang yang aku amek sama seperti subjek budak sains yang lain cuma aku amek Sains Sukan TAPI aku tak amek Fizik.. yang lain amek cuma tu je. so di situlah keistimewaannya kos aku nih.. hehehhe dan dari tingkatan 1-3 aku memasuki persatuan Kadet Remaja Sekolah, tapi dari tingkatan 4-5 aku masuk pengakap. hehehe.. pernah menjawat jawatan yang tinggi dalam kelab.. * bangga sikit* hahhaha
5. Pra Diploma, UiTM Segamat
selepas mendapat keputusan SPM, aku menunggu tawan ipta yang baik dan akhirnya abah menyuruh aku masok Pra Dip je.. well mula2 aku tak nak tapi aku pikir mungkin kat sini rezeki aku. dan Alhamdulilah.. aku belajar sebagai student di UiTM dengan kos Pra Diploma. aku mengaku semua orang pandang rendah pada bebudak Pra-Dip nih tapi aku ketepikan semua tuh sebab au tau aku boleh buat, aku nak buktikan kat semua orang budak kampung macam aku boleh berjaya . selama 5 bulan aku di sana bagi menghabiskan kos Pra Diploma ini,
6. Diploma in Information Mmanagment, UiTM Segamat
Selepas berjaya di Pra Diploma, aku meneruskan pelajaran ke peringkat yang lagi tinggi iaitu
dalam Diploma. di diploma, aku akan belajar dari semester 1 sehingga semester 5 dan insyaallah kalau takde pape, awal tahun 2014 aku akan tamat belajar sebagai pelajar diploma dan jika ada rezeki aku akan melanjutkan pelajaran dalam peringkat ijazah pula.
No comments:
Post a Comment